Saturday, January 14, 2012

Tips Minum Air Terbaik


air jika diminum betul pada masanya ,dapat memberikan manfaat pada tubuh. Saya kongsi dengan anda bagaimana cara dan bilakah masa yang seelok-eloknya kitaminum


Minum sejurus bangun tidur
Minum 2 gelas air sejurus bangun dari tidur dapat mengaktifkan @ mencergaskan organ dalaman.


Minum 30 minit sebelum makan
Minum 1 gelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu pencernaan.



Minum sebelum mandi
Minum 1 gelas air sebelum mandi dapat membantu menurukan berat badan.



Minum sebelum masuk tidur
Minum segelas air sebelum tidur dapat mengelak daripada terkena strok atau serangan jantung.


Kepada yang malas @ liat nak minum air masak (macam saya…huhu) khususnya, eloklah amalkan cara minum seperti yang diterangkan.
InsyaAllah, sama-sama lah kita mengamalkan gaya hidup yang sihat.




* Sedikit pesanan untuk orang Islam :

Dalam kita mengamalkan tips diatas, kita mesti yakin bahawa air atau apa saja tu semua tak berikan sebarang manfaat atau mudarat pada kita melainkan dengan izin Allah semata-mata. Jangan tersalah yakin pula yer.Kita hanya berusaha, Allah yang berhak memberikan kesannya.

Thursday, January 12, 2012

Lelaki Banyak Senyum Kurang Menawan Wanita




LONDON: Jika anda lelaki, berhenti berharap untuk menggoda wanita kontemporari, dengan senyuman.


Kajian terbaru menunjukkan, wanita kini tidak lagi menganggap lelaki yang gemar tersenyum sebagai pasangan yang menarik.

Menurut penyelidikan pakar psikologi Universiti British Columbia di Kanada, wanita lebih berminat kepada lelaki yang menunjukkan ciri ego dan pemalu.


Kajian itu dibuat bagi mengetahui sama ada nasihat supaya sentiasa senyum ketika bertemu seseorang dibuat hasil keputusan ujian makmal.

Penyelidik menggunakan lebih 1,000 gambar lelaki dan wanita dengan pelbagai ekspresi muka dan ditunjukkan kepada responden.

Mereka kemudian diminta memberi markah berdasarkan kepada daya tarikan ditunjukkan setiap wajah berkenaan.



Seorang daripada penyelidik berkata, sikap ego yang dipaparkan lelaki mungkin menyebabkan dia kelihatan lebih meyakinkan dan mampu menjadi pelindung wanita.

Wednesday, January 11, 2012

PERINGATAN

Menurut laporan Polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki disebuah kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan.Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil “mencuci” yang kecil.

Dadah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian “mencuci” mereka. Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk “mencuci” haiwan besar.
Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol, sebagai dadah “Dating” dan rogol.

Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.
Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan “mencuci” agar simangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian.

Kesan dadah ini adalah K*E*K*A*L terhadap si mangsa.
Prodesterex asalnya adalah untuk memandulkan kuda.

Mana-mana wanita yang mengambilnya tidak akan mengandung sampai bila2.
Si durjana boleh memperolehi dadah ini boleh mendapatkan dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.

Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali, terutama teman wanita dan gadis remaja.
Berwaspada apabila anda keluar, jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang tahu lebih dekat dgn anda dan jgn percaya walau kwn dan baru kenal dgn anda tidak boleh dpercayai.- lamankongsi